Friday, October 15, 2010

alhamdulillah....akhirnya project multimedia dah settle..include presentation....tiga hari tak cukup tidur semata-mata nak siapkan project tu.....bagi aku project tu the best walaupun banyak kritikan yang kami terima...project tu dari usaha kami sendiri tanpa ciplak mana-mana kreativiti orang lain...just 10% from internet...kebanyakan kritikan yang kami terima mengatakan bahawa mereka tak paham jalan cerita...and apa yang kami nak sampaikan.....kadang-kadang rasa sakit sangat hati....kami cuba tonjolkan apa itu makna persahabatan....and nak mereka sendiri fikir....tapi nampaknya mereka hanya melihat tanpa ada sedikit pun dalam minda mereka untuk menilai sejauh mana erti persahabatan...kami sengaja meletakkan gambar kelas kami sebagai cover depan untuk mereka hayati tapi......sia-sia....


bagi pandangan aku....kebanyakkan project mereka ambik dari internet......maybe 70% dari internet.....so kenapa mereka lebih nak comment project kami dari menilai project mereka sendiri....
itulah manusia suka mencari kesalahan orang lain berbanding kesalahan sendiri....kenapa kita tak ambil iktibar dari kejadian  atau peristiwa yang berlaku????kenapa perlu merasa diri begitu sempurna???sedangkan banyak khilaf yang kita lakukan tanpa kita sedari....

kami nak ucapkan terima kasih kepada jiran kami yang membantu dari segi jalan cerita......thanks kerana banyak bagi comment yang membangunkan.....korang jer yang paham jalan cerita kami......thanks to dilin...piqah....and b.....thanks a lot....and tak lupa jugak for my team member....ana....mieza....kima.....thanks for your cooperation....

lastly....aku nak ceritakan sedikit mengenai jalan cerita...mungkin betul kata mereka.....apa yang kami cuba tonjolkan tak sampai kepada penonton.....

bermulanya kisah persahabatan tiga orang siswi yang berlainan negeri...kisah suka dan duka mereka dikongsi bersama.....tetapi persahabatan itu diuji dengan kehadiran orang ketiga....hubungan mereka semakin renggang sehinggalah kemalangan terjadi kepada salah seorang daripada mereka.....disebabkan itu mereka berfikir tentang sejauh mana persahabatan yang terjalin....dan akhirnya kembali pulih setelah orang ketiga meminta maaf kepada mereka....

cerita kami adaptasi daripada kisah kami sendiri tapi diubah dari segi olahan cerita.....motif kami buat cerita nie supaya persahabatan kami sejak belajar dikelas yang sama selama setahun setengah tidak dilupakan begitu sahaja....kami harap sangat persahabatan yang terjalin dikelas yang kita sendiri panggil our family akan kekal selamanya.....

THIS IS OUR VIDEO FOR SUBJECT MULTIMEDIA :-
    P/S  :  please click at the PROMISES OF FRIENDSHIP to view that video....

Tuesday, April 27, 2010


kata-kata nie aku ambik kat internet...tapi aku kemaskini....korang hayatilah.....aku suka ngan kata-kata nie..ada maksud yang nak disampaikan...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah  ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dalam mimpi anda
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain.
.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula yang akan
menangis.

Monday, April 19, 2010



Saturday, April 17, 2010

#RASULULLAH bersabda maksudnya : "Allah lebih menyayangi orang mukmin yang kuat daripada orang mukmin yang lemah."
( hadis riwayat muslim )

#kejadian pembunuhan pertama anak Nabi Adam seperti dicatatkan al-Quran bermaksud : “Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu, jadilah dia daripada golongan orang yang rugi.”
(Surah al-Maidah:30)

Friday, April 09, 2010

HEART

kenangan lalu sentiasa datang menghantui.....fikiran yang dulu tidak sematang sekarang..akhirnya membawa suatu penderitaan ke atas masa depan...tabahkah aku melalui semua itu...yang hanya berbekalkan sekeping hati yang tidak begitu teguh andai ada badai yang melanda...??

Wednesday, March 31, 2010


Lekuk indah hadirkan pesona
Kemuliaan bagi yang memandang
Setiamu simbol keanggunan khas perawan
yang... kau miliki

Akulah pengagum ragamu
Tak ingin kumenyakitimu
Lindungi dari sengat dunia yang mengancam... nodai... sucinya lahirmu

Karena wanita ingin dimengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia... dengan kasih sayang

Ingin kuajak engkau menari
Bermandi hangat cahaya bulan
Sebagai tanda kebahagiaan
Bagi semesta cinta kita

Bintang terang itulah dirimu
Janganlah redup dan mati
Aku dibelakangmu memeluk dan menjagamu

Tuesday, March 30, 2010

words


CANADA
cute and naughty action that develop into attraction
LIBYA
love is beautiful, you also
HOLLAND
hope our love last and never dies
ITALY
i trust and love you


who should i take care to
listen most to
never say no to
after ALLAH and RASULULLAH
comes your MOTHER
who next...your MOTHER
who next..your MOTHER
and then your FATHER...
cause who used to hug you and buy you new clothes
combs your hair and blows your nose and when your cry who wipe your tears no more fears...
who really care...
my MOTHER...
say alhamdulillah...
thank you ALLAH...
thank you ALLAH...
for my MOTHER...


Kekasih,
Aku bagai pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari,
Menanti air laut membasahi ketika sang mentari mambakar dan mengeringkan tubuhku,
Aku bagaikan pasir pantai yang merngharapkan ombak,
Menggerak dan mengalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari kedinginan.
Di manakah kau ketika aku terkapar kesunyian, dibalut rindu, didera luka yang mendalam?

Kekasih,
Kaulah air dan ombak yang sangat kudambakan.
Hadirmu bagai embun yang menggegarkan kelopak bunga-bungaan.
Sang embun itu adalah cintamu yang sangat ku harapkan.
Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan.
Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagiaan.

Kekasih,
Jika waktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahmu.
Panggillah namaku.
Kerana di situ ada cinta.
Ada rindu yang amat mengharap balasan kasihmu.

;;

By :
Free Blog Templates